Ahad, 13 November 2011

Guru Mengajar 9 Jam Mulai Tahun Depan

Kementeian Pelajaran akan melaksanakan waktu kerja 9 jam kepada guru-guru mulai tahun hadapan. Walaupun buat permulaan ni hanya 104 buah sekolah saja dan 5000 orang guru je yang terlibat tapi aku tak berapa setuju. Sekarang ni pun guru-guru telah bekerja melebihi 9 jam sehari, masuk sekolah seawal 7.30 pagi balik jam 1.30 tengahari bagi sekolah rendah manakala masuk jam 7.30 pagi dan balik 2.30 petang bagi sekolah menengah. Kemudian datang balik kesekolah untuk menjalankan samada aktiviti kokurikulim atau pun kelas tambahan. Jam 6 petang baru balik. Itu belum lagi dikira waktu hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi Kelantan, Kedah dan Terengganu atau Sabtu dan Ahad bagi negeri-negeri lain. Selalunya, hari minggu pun guru-guru bekerja melaksanakan aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan, hari kokurikulum, kelas-kelas tambahan dan macam-macam lagi tanpa meminta apa-apa bayaran atau imbuhan.

Aku tak tahulah apa rasionalnya nak dilaksanakan waktu kerja 9 jam kepada guru-guru ni. Rasa-rasa akulah ini semua adalah untuk memudah para ibubapa yang bekerja meletakkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada para guru. Tak tahulah apa dia orang fikirkan, bukannya nak fikirkan kebajikan guru-guru malah mengutuk guru-guru adalah. Tak ke mereka sedar betapa beratnya tugas guru yang terpaksa melaksanakan macam-macam tugas. Guru ni bukan hanya mengajar saja malah semua kerja dia buat. Dialah kerani, dialah tukang sapu, dialah tukang cuci, dialah tukang kebun malah ada kalanya dialah tukang basuh berak. Sebab tu lah 70 peratus daripada penghuni rumah pesakit mental adalah golongan guru. TENSION WOIIII....

Kalaulah sistem kerja 9 jam ni tetap nak dilaksanakan jugak setelah selesainya tempoh percubaan, aku ingin cadangkan agar cikgu-cikgu ni juga layak diberikan tuntutan elaun lebih masa macam kakitangan awam di jabatan-jabatan lain.

Apa-apa pun, semuanya terserah kepada kerajaan kerana golongan guru ni adalah golongan pekerja yang paling baik dan paling setia dalam melaksanakan tugas. Bagi apa tugas dan apa saja dasar yang dijalankan, ikut je tanpa ada bantahan dan bangkangan. Tapi jangan lupa, hampir 80 peratus guru adalah pembangkang.... hahahahaha... kena fikir-fikirkan....