Rabu, 14 November 2012

Kebebasan Beragama


Tindakan terdesak YB Nurul Izzah mahu menyaman Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa buah blog bolehlah dilihat sebagai satu langkah terakhir seorang yang tiada jalan keluar lagi.

Ketelanjuran beliau mengutarakan kenyataan sensitif di hadapan pengundi-pengundi yang majoritinya bukan beragama Islam dapat kita lihat sebagai satu lagi bukti betapa manisnya mulut ahli-ahli politik Pakatan dengan janji-janji dan retorik mereka.

Utusan Malaysia hanya memetik kata-kata Nurul Izzah yang turut dilaporkan dalam portal pro-pembangkang Malaysiakini hanya menjadi mangsa politik kebencian yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Walaupun jelas Utusan Malaysia tidak bersalah kerana ia hanya melaporkan apa yang ditulis di dalam Malaysiakini, Nurul Izzah terus mengkaburi fikiran rakyat bahawa kononnya Utusan Malaysia telah menfitnah dan menganiaya diri beliau.

Apabila dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) untuk menjelaskan kenyataan beliau, Nurul Izzah dengan bongkak berkata “Ya saya harap Jais panggil Utusan Malaysia sekali sebab dia keluarkan kenyataan fitnah akidah tersebut.” (Seperti yang dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today).

Keras sekali perkataan fitnah, namun perkataan inilah yang sering mewarnai politik Pakatan Rakyat sejak sedekad yang lalu. Taktik menyalahkan orang lain ini telah terlalu kerap digunapakai sehingga sudah menjadi satu klise yang basi. Fitnah dan Saman sepatutnya menjadi slogan Pakatan Rakyat, bukannya Demi Rakyat.

Apa yang pasti, memang jelas beliau telah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi:

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Bukan setakat laporan dan liputan dari pelbagai blog, bukti video juga telah tersebar luas di internet. Kita boleh lihat dan dengar betapa kenyataan kontroversi beliau itu telah disambut dengan tepukan gemuruh dari hadirin yang memenuhi forum “Negara Islam: Versi yang Mana; Siapa Bertanggungjawab?" di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November lepas, seolah-olah mereka mahu orang Melayu Islam di negara ini diberikan kebebasan memilih agama mereka sendiri.

Persoalan yang bermain dalam fikiran ramai orang adalah kenapa Nurul Izzah hanya menyalahkan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, sedangkan portal Malaysiakini adalah media pertama yang melaporkan perkara tersebut? Jelas Nurul Izzah mengamalkan amalan selective prosecution.

Liputan tentang kenyataan Nurul Izzah itu juga telah disiarkan dalam portal berita Free Malaysia Today dan laman web 1Christians. Bukankah sepatutnya beliau juga menyaman Malaysiakini, Free Malaysia Today dan iChristians juga? Sikap jumud sebegini jelas menjadi modus operandi dalam kalangan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Peguam dari Majlis Peguam yang bertanyakan soalan itu kepada beliau juga telah mengeluarkan kenyataan dan mengakui bahawa memang benar Nurul Izzah telah mengeluarkan kata-kata itu. Malahan peguam tersebut merasa kecewa kerana Nurul Izzah seolah-olah tidak mengakui apa yang beliau sendiri kata selepas berita ini menjadi sensasi dan Nurul Izzah menerima kecaman hebat dari setiap sudut termasuk dalam kalangan penyokong PAS dalam Pakatan Rakyat.

Sikap hipokrit dan menuding jari yang sering dibawa oleh ahli-ahli politik Pakatan ini harus segera dibendung. Mereka bermain persepsi dan sedar bahawa orang ramai amat mudah terpengaruh.

Mereka hanya perlu menafikan apa yang telah mereka buat atau kata, dan kemudiannya menyalahkan orang lain. Walaupun ada bukti-bukti video atau rakaman, mereka tetap akan menegakkan benang yang basah.

Paling menyedihkan sekali, masih ramai lagi orang yang mempercayai kata-kata mereka dan bermati-matian mempertahankan idola-idola mereka ini.
Sudah tiba masanya kita sedar terhadap permainan politik merbahaya yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Memang jelas perbezaan objektif yang dibawa oleh tiga buah parti dalam Pakatan Rakyat tidak mungkin akan dapat membawa negara ini ke arah kemakmuran.
Apa yang mereka bawa hanyalah retorik, masalah-masalah moral masing-masing serta perbalahan dalaman antara mereka sendiri. PAS yang selama ini tegas menegakkan syiar Islam sudah boleh kita lihat sebagai sebuah parti yang semakin liberal dan tunduk kepada desakan-desakan DAP dan PKR demi sebuah penyatuan yang salah.

Siapa lagi yang harus menegakkan Islam kalau bukan orang Islam sendiri? Fahaman pluralisme yang dibawa oleh Anwar Ibrahim kini jelas telah merebak ke anak beliau. Adalah kita patut berdiam diri sahaja dan duduk memerhatikan bagaimana nilai-nilai Islam semakin terhakis dalam kalangan masyarakat kita?

Isnin, 13 Ogos 2012

Mananya janji nak selesaikan perlantikan DG41

    Kadang-kadang geram dan sakit hati gak rasanya, dah 3 tahun aku dan rakan-rakan seangkatan abis belajar tapi belum dilantik sampai sekarang. Baru-baru ni YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran cakap nak selesaikan perlantikan dalam waktu terdekat tapi sampai sekarang bayang pun tak de.... "cakap je kot" jangan cakap tak serupa bikin dah le.... apa maknanya selogan "Janji Ditepati" kalau benda macam ni pun tak leh nak tunaikan. Aku tak fahamlah sampai berapa lama nak simpan perlantikan tu.... yang akan abis belajar makin bertambah nanti makin ramai yang tak terlantik.....

    Wahai Pak Menteri, pilihan raya dah tak berapa lama lagi, ingat-ingatlah kalau nak lagi sokongan kami kenalah selesaikan masalah kami ni.... bukannya nak mengugut tapi terkadang terkilan gak, asyik orang lain je yang dapat untung, orang lain je yang diberi beri perhatian.... kami ni sentiasa je ketinggalan.... dahlah golongan kami ni tak dapat bantuan macam org lain.... yala, pendapan kami ni melebihi RM3000 biar pun cuma RM3100 bezanya RM100 je dari yang dapat bantuan..... "macam tak adil je"!!!!!!!.....

    Tolonglah selesaikan urusan perlantikan DG41 kami ni.... biar betul-betul menepati selogan atau tema sambutan Hari Kemerdekaan Tahun ini... "JANJI DITEPATI"......

    Kalau tak de gak ada kemungkinan aku tak mengundi untuk kali ini......

   

Isnin, 11 Jun 2012

Ulama Jangan Takut Tegur Ahli Politik


Yang pasti bukan semua ahli PAS akan masuk syurga. Begitu juga barisan pimpinannya. Yang pasti juga bukan semua ahli Umno akan masuk neraka. Ada juga yang akan masuk syurga. Namun yang lebih tepat lagi ialah, kuasa menentukan siapa masuk syurga dan neraka adalah hak Allah aza wajalla.

Meskipun PAS cuba disinonimkan sebagai "Parti Ajaran Sesat" oleh pihak tertentu, yang pastinya pihak berkenaan cuba mengambil alih hak Allah. Bukan manusia atau parti politik yang berhak dan berkuasa menentukan siapa sesat dan siapa terpimpin di jalan Allah kecuali Allah jua.

Dalam nada yang sama sesiapa jua yang enggan mengiktiraf keimanan ahli-ahli Umno kerana “tidak berhujah dengan Al-Quran”  dilihat juga cuba merampas hak Allah. Ini satu kezaliman yang dilakukan atas nama peribadi mahupun parti politik yang mereka wakili.

Demikian ngeri dan ngilunya kedudukan politik orang Islam berketurunan Melayu di Malaysia hari ini. Demi politik, masing-masing bukan sahaja cuba merendahkan martabat dan iman pihak seterunya, malah tidak segan silu mendabik dada bahawa nilai dan ukuran iman orang lain lebih rendah daripada martabat mereka. Astaghfirullah.

Sukatan keangkuhan ini ialah, kini ahli-ahli politik Melayu Islam dengan sombong sedia mencabar sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan pendirian mereka, untuk berdebat. Selera baru ini  mungkin didorong oleh moderator debat Rafizi-Khairy, Dr Maszlee Malik bahawa kononnya debat adalah lambang masyarakat bertamadun dan berpendidikan.  

Maka debat dalam sekelip mata jadi igauan dan cabaran baru. Pemuda PAS Gombak mencabar Sekretariat Ulama Muda (ILMU) untuk berdebat mengenai siapa sesat – PAS atau Umno. Bayangkan soal akidah hendak diselesaikan melalui debat. Itu hak Allah. Yang suka berdebat ialah pihak yang ego dan angkuh. Jika hujahnya mematahkan suara lawan, ia dikira menang. Namun apakah kemenangan bererti kebenaran?

Zaid Ibrahim pula mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berdebat mengenai kandungan buku tulisan Irshad Manji. Beliau mahu mematahkan hujah Exco agama Selangor, Khalid Ibrahim bertindak mengharamkan buku “Allah, Kebebasan dan Cinta” yang diterbitkan oleh syarikat anaknya.

Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang pula kini bersedia berdebat dengan Umno dan bukan muzakarah. Beliau tidak mahu muzakarah dengan parti nasionalis itu kerana “Umno tidak berhujah dengan Al-Quran”. PAS, kata Hadi hanya mahu bermuzakarah dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam sahaja. Maknanya, Umno bukan parti Islam!

Tiba-tiba PAS hilang kesabaran dan “naik tocang” dengan keyakinan bahawa sebagai ahli dan pemimpin parti politik Islam, berhujah dengan Al-Quran adalah hak mutlak beliau dan partinya. Pihak lain seolah-olah tidak layak mengimbas Al-Quran apabila berhadapan dan berhujah dengannya. Nauzubillah min za lik.

Kesombongan dan kemunafikan sudah hampir sampai ke kemuncaknya dalam politik Melayu-Islam di Malaysia. Bukan tiada ulama yang berbeza pandangan dan pendirian dengan PAS yang mana pandangan mereka perlu diberi perhatian. Namun PAS tidak menghiraukan pandangan lain. Jika tidak serasi dengan pandangannya PAS menyimpulkan, ulama berkenaan adalah memihak kepada Umno!

Begitu juga bukan tiada ulama yang tinggi ilmunya yang tidak bersilang pendapat dengan Umno. Ramai. Pandangan dan pendirian mereka juga harus dihormati dan dipertimbangkan. Namun Umno berasa cukup dengan sekadar ada sekelompok ulamanya sendiri sebagai rujukan dalam berbicara hukum dan adab politiknya.  

Cuma yang menjadi masalahnya ialah ulama umumnya dilihat sebagai turut berpuak – Umno atau PAS; Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Ini semua kesilapan ulama. Mereka yang tidak mahu menggunakan ilmu yang dikurniakan Allah untuk mengambil pendirian wajar dalam pertempuran politik ego dan gila kuasa umarak.

Seharusnya ulama sebagai pewaris nabi harus meletakkan diri mereka sebagai penyuluh jalan. Ke mana pergi Persatuan Ulama? Ke mana hala tuju badan-badan dakwah? Menegur ahli dan pertubuhan politik adalah wajib. Dalam urusan politik tugas ulama ialah mengadili pandangan agama politikus; bukan menikus kerana mereka mungkin ada kuasa dan pengikut yang ramai!

Tugas ulama ialah menegur dan melentur umarak. Tidak kira politikus itu namanya sebesar Mahathir Mohamad atau Anwar Ibrahim; Hadi Awang atau Nik Aziz Nik Mat dan mungkin Jamil Khir Baharom. Ulama mestilah berdiri di sfera atau ruang ilmu dan KEBENARAN dan bukan turut hanyut atau gugup di hadapan ahli politik.

Ulama Malaysia harus ikhlas menegur umarak. Untuk itu ulama dalam persatuan atau pertubuhan orang-orang berilmu harus tampil untuk berbincang secara Islami dan luhur untuk menegur mana yang salah; haram; harus dan juga sesat.

Jika tidak ahli-ahli politik, termasuk mereka yang dianggap ulama akan terus dengan keangkuhan ilmu mereka dan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman ke atas orang lain yang tidak sependirian dengan mereka sebagai munafik dan sesat!

Kini nampaknya, jika ulama sesama ulama tidak mahu dan tidak tahu menahan amarah, ego dan juga kecenderungan politik mereka bagaimana mereka mampu menjadi penyuluh bagi umat terutama dalam soal perpaduan umat, misalnya? Dengan perkataan lain, bagaimana mereka akan layak menjadi pewaris nabi?

Ulama Malaysia harus keluar dari kepompong selesa sebagai orang suci dan bersedia mengotori persada politik seketika ibarat menggunakan tanah untuk membersihkan najis.  Ulama yang sudah sedia ada dalam PAS dan Umno seharusnya menjadi golongan yang paling layak dipersalahkan jika umat Islam-Melayu di Malaysia berpecah dan bermusuh kerana mereka enggan bermuzakarah dan merintis jalan perdamaian dan silaturrahim. Wallahu alam

Ulama memang pandai menggambarkan seksa neraka. Memang peringatan mereka mampu menanam kegerunan dalam hati pendengarnya yang takut dosa dan dambakan pahala. Namun ulama sering lupa dalam mengingatkan orang lain mereka seolah-olah berfikir bahawa mereka tidak mungkin dicampakkan ke dalamnya.

Di mahkamah Allah kelak bukan PAS atau Umno yang menjadi pertimbangan. Maka ahli PAS dan Umno janganlah terlalu taksub. Apabila roh bercerai dari badan, segala kekuatan dan pendirian politik akan luntur jika dalam berpolitik mereka berasa hanya hujah mereka sahaja yang betul dan benar.

Jika takut pada Allah, berhentilah mengutuk orang yang mempunyai pemikiran berbeza. Janganlah dengan sedar mendabik dada bahawa kononnya iman mereka lebih benar daripada orang yang menjadi ahli parti lain. Insaflah.



~ antarapos~

Ahad, 15 April 2012

Belum Memerintah Dah Tunjuk Biadab

     Terkejut aku bila dengar cerita beberapa pemimpin pembangkang telah mempersenda dan menghina raja-raja Melayu ketika Majlis Pertabalan Yang di-Pertuan Agung XIV. Aku yakin pemimpin-pemimpin yang dimaksudkan adalah pasti daripada yang bukan Melayu. Kalau yang Melayu, aku rasalah tak akan sanggup buat macam tu tapi tak tahulah kot-kot ada gak.... mungkin ada kot... sebab antara rintangan kepada mereka untuk menumbangkan kerajaan sekarang adalah institusi raja.

     Aku amat setuju dengan cadangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat perkara ni. Ini bukan perkara main-main, kerana ia melibatkan maruah raja-raja dan maruah orang Melayu. Kalau kita tak ambik peduli akan hal begini siapa lagi yang nak ambik peduli? Kalau kita memandang remeh perkara ni aku pasti suatu ketika nanti kuasa raja-raja dah tak berguna dan mungkin institusi beraja terhapus dan akan lenyap sama sekali, benteng Melayu terakhir pun tiada lagi.

     Kenapa agaknya pemimpin-pemimpin bukan Melayu ni dah berani buat macam tu ya? kalau dulu bukannya tak ada, ada jugak tetapi mereka buat secara sembunyi-sembunyi tapi sekarang dah berani buat terang-terang. Pada pendapat akulah mereka ni dah berani buat macam tu kerana dikalangan orang Melayu sendiri pun ada yang sanggup menghina dan mempersenda raja-raja demi kepentingan tertentu.... politiklah tu.... lagi pun bila orang bukan Melayu menghina raja-raja, ada pulak si pemimpin Melayu yang bodoh ni membelanya. Sebab tulah mereka berani.....

     Tak tahulah macam mana agaknya bila puak-puak mereka ni yang dapat memerintah negara. Aku rasalah, dah pasti sistem beraja dihapuskan dan bersedialah kita orang Melayu untuk dihina dan diperlekehkan dan yang lebih teruk lagi akan ditindas sebagaimana yang berlaku di negara jiran kita.

     Sama-samalah kita fikir... jangan sampai bangsa kita dihina dan dikeji baru kita nak mengamuk.... dah tak guna dah bila negara berada dalam suasana huru hara.....     

Selasa, 28 Februari 2012

Kenaikan Pangkat Guru-guru Yang Sambung Belajar Tak Perlu Dilantik Semula Oleh SPP

       Aku rasa dengan edaran surat dari Kementerian Pelajaran yang menyatakan bahawa guru-guru yang sambung belajar dan telah pun dapat ijazah akan dinaikkan pangkat ke Gred DG 1-1 tanpa perlu dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan memberikan berita gembira kepada semua guru berkenaan. Terima kasih kepada keperihatinan kerajaan di atas pngurniaan ini. Walau pun aku percaya semua ini adalah gara-gara pilihanraya dah dekat. hehehehe...

       Aku dimaklumkan perlantikan berkenaan akan dibuat selewat-lewatnya pertengahan April ini. Oklah tu, kalau ia benar-benar berlaku begitu. Jangan sampai akhir tahun baru nak laksanakan dah le. Dah lama guru-guru ni duk tunggu, ada yg dah tiga tahun menunggu.

      Biar jadi... jangan tak jadi....

Rabu, 22 Februari 2012

Tokoh Agama Sifatkan PAS Hancurkan Umat Islam


Seorang tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah tetap dengan pendiriannya bahawa menyokong parti Pas termasuk pada pilihan raya umum akan datang adalah berdosa.
Malah, Abdullah menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan mana-mana individu termasuk pemimpin Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau itu.
Beliau turut melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang masih tidak sedar bahawa Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu yang tidak lagi bertegas dengan dasarnya menegakkan negara Islam.
“Pas masuk dalam pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan DAP yang tidak terima Islam sebagai dasar.
“Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dasar dia liberalisme dan pluralisme yang menyatakan semua agama termasuk Islam adalah sama, orang Islam dan orang lain sama rata. Perjuangan liberalisme, pluralisme, sosialisme ini haram.
“Pas duduk sekali dan reda serta menyokong pula calon-calon DAP, PKR. Pas juga sokong dan reda bila DAP menang dan jadi pemimpin, Timbalan Perdana Menteri, berdosa dari segi hukum syarak.
“Sokongan Pas itu menghancurkan Islam dan orang Islam. Umat Islam perlu menarik balik sokongan mereka kepada Pas,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Abdullah diminta mengulas kenyataannya sebelum ini yang menyatakan berdosa menyokong Pas kerana perjuangan parti itu kini tidak lagi menegakkan negara Islam, sebaliknya membawa kehancuran kepada sesama umat Islam apabila bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel.
Menurut Abdullah, kerjasama Pas dan DAP berbeza dengan kerjasama UMNO dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang telah memperakui kedudukan agama Islam dan umat Islam sejak sekian lama.
Sementara itu, bekas anggota Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris menyokong pandangan Abdullah itu mengambil kira perjuangan politik semasa Pas yang lebih ghairah untuk berkuasa dan tidak lagi memperjuangkan pembentukkan negara Islam sebaliknya negara berkebajikan.
Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan turut berpendapat, sokongan kepada Pas boleh menyebabkan perpecahan sesama umat Islam yang sepatutnya bersatu.
“Penyatuan umat Islam tunjang kepada kepimpinan Rasulullah SAW sebagaimana bertautnya kaum Muhajirin dan Ansar, bahkan antara Aus dan Khazraj di Madinah.
“Sekarang umat Islam berpecah kepada dua, sokong Pas dan UMNO. Sokongan sepatutnya diberikan kepada UMNO yang lebih lama (tertubuh) berbanding Pas dan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO juga terang-terangan sebut menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara.
“Pas pula bersifat was-was, dulu kata nak tegak negara Islam, sekarang negara berkebajikan. Dulu Pas tentang kerjasama dengan orang kafir, sekarang Pas bekerjasama dengan orang kafir. Pas parti yang tidak tetap pendirian dan tidak ada istiqamah,” katanya



Isnin, 30 Januari 2012

Syabas YAB MB Kedah

        Aku setuju dengan tindakan YAB Menteri Besar Kedah Datok Seri Azizan yang enggan tunduk dengan desakan pihak tertentu dalam Pakatan yang mahu beliau campurtangan bagi menyelesaikan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIM). Palajar-pelajar ni diambil tindakan mengikut Akta Universiti dan kolej (AUKU) 1971 yang ditentang oleh Pakatan.

       Bagi akulah, ini baru dinamakan pemimpin, peraturan tetap peraturan, yang betul tetap betul tak kira puak sape. Bukan macam sesetengah yang mengaku pemimpin tu, kalau orang lain buat semuannya salah tapi kalau dia buat semuanya betul walaupun dah terang-terang salah.

Sama-samalah kita fikirkan....
Siapa yang layak dijadikan pemimpin....

Ahad, 22 Januari 2012

Penempatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

     Sejak akhir-akhir ni hangat diperbincangkan tentang penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dalam sistem pengurusan di Kementerian Pelajaran. Sehinggakan mendapat raeaksi daripada pelbagai pihak termasuklah timbalan Menteri Pelajaran. Beliau mencadangkan supaya JPA mengadakan perbincangan dengan persatuan guru bagi mendapat pandangan daripada mereka. Pada pendapat akulah, amat bagus cadangan tu. JPA janganlah pakai buat je tanpa mendapat pandangan dan pendapat mereka yang terlibat kerana kesan jangka panjangnya akan terkena kepada golongan pendidik dan kerajaan sendiri.

     Sekiranya perkara tersebut dilaksanakan oleh JPA, ia akan menjejaskan kenaikan pangkat warga guru untuk ke peringkat pengurusan. Apa tidaknya, tidak mustahil suatu ketika nanti pentadbir sekolah iaitu Guru Besar, Pengetua, guru-guru penolong kanan, dan guru-guru kanan akan diisi oleh PTD. Situasi ini akan menyebabkan warga guru merasa tak selesa dan tak berpuas hati. Kesannya, akan dirasai oleh kerajaan kerana sudah pasti mereka akan menyalahkan kerajaan. Hasilnya, akan berlakulah perubahan besar dalam pentadbiran negara. Guru-guru akan mengundi pembangkanglah jawabnya..... usah dipandang remeh perkara ni...

     Memang tidak dinafikan, guru-guru sering melahirkan rasa tidak puas hati dengan beban tugas yang dilaksanakan kerana terpaksa melakukan banyak kerja selain mengajar dan sememangnya itulah yang berlaku. Sungutan itu selalunya dilontarkan oleh guru-guru akademik biasa yang terpaksa melakukan tugas-tugas perkeranian selain mengajar, bukannya tugas pengurusan. Perkara berkenaan boleh diatasi jika tugas-tugas pekeranian itu diserahkan kepada guru data dan guru-guru berkaitan yang telah pun sedia ada di semua sekolah. Tidak perlulah ditempatkan kumpulan lain (PTD).

     Apa-apa pun buatlah sebaiknya agar semua pihak mendapat keuntungan, jangan sampai timbul rasa tidak puas hati yang melampau. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak... pilihanraya dah dekat woooooo.... 

   Aku tak setuju kalau orang luar kacau tempat aku keja..... hahahahaha....