Isnin, 30 Januari 2012

Syabas YAB MB Kedah

        Aku setuju dengan tindakan YAB Menteri Besar Kedah Datok Seri Azizan yang enggan tunduk dengan desakan pihak tertentu dalam Pakatan yang mahu beliau campurtangan bagi menyelesaikan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIM). Palajar-pelajar ni diambil tindakan mengikut Akta Universiti dan kolej (AUKU) 1971 yang ditentang oleh Pakatan.

       Bagi akulah, ini baru dinamakan pemimpin, peraturan tetap peraturan, yang betul tetap betul tak kira puak sape. Bukan macam sesetengah yang mengaku pemimpin tu, kalau orang lain buat semuannya salah tapi kalau dia buat semuanya betul walaupun dah terang-terang salah.

Sama-samalah kita fikirkan....
Siapa yang layak dijadikan pemimpin....

Ahad, 22 Januari 2012

Penempatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

     Sejak akhir-akhir ni hangat diperbincangkan tentang penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dalam sistem pengurusan di Kementerian Pelajaran. Sehinggakan mendapat raeaksi daripada pelbagai pihak termasuklah timbalan Menteri Pelajaran. Beliau mencadangkan supaya JPA mengadakan perbincangan dengan persatuan guru bagi mendapat pandangan daripada mereka. Pada pendapat akulah, amat bagus cadangan tu. JPA janganlah pakai buat je tanpa mendapat pandangan dan pendapat mereka yang terlibat kerana kesan jangka panjangnya akan terkena kepada golongan pendidik dan kerajaan sendiri.

     Sekiranya perkara tersebut dilaksanakan oleh JPA, ia akan menjejaskan kenaikan pangkat warga guru untuk ke peringkat pengurusan. Apa tidaknya, tidak mustahil suatu ketika nanti pentadbir sekolah iaitu Guru Besar, Pengetua, guru-guru penolong kanan, dan guru-guru kanan akan diisi oleh PTD. Situasi ini akan menyebabkan warga guru merasa tak selesa dan tak berpuas hati. Kesannya, akan dirasai oleh kerajaan kerana sudah pasti mereka akan menyalahkan kerajaan. Hasilnya, akan berlakulah perubahan besar dalam pentadbiran negara. Guru-guru akan mengundi pembangkanglah jawabnya..... usah dipandang remeh perkara ni...

     Memang tidak dinafikan, guru-guru sering melahirkan rasa tidak puas hati dengan beban tugas yang dilaksanakan kerana terpaksa melakukan banyak kerja selain mengajar dan sememangnya itulah yang berlaku. Sungutan itu selalunya dilontarkan oleh guru-guru akademik biasa yang terpaksa melakukan tugas-tugas perkeranian selain mengajar, bukannya tugas pengurusan. Perkara berkenaan boleh diatasi jika tugas-tugas pekeranian itu diserahkan kepada guru data dan guru-guru berkaitan yang telah pun sedia ada di semua sekolah. Tidak perlulah ditempatkan kumpulan lain (PTD).

     Apa-apa pun buatlah sebaiknya agar semua pihak mendapat keuntungan, jangan sampai timbul rasa tidak puas hati yang melampau. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak... pilihanraya dah dekat woooooo.... 

   Aku tak setuju kalau orang luar kacau tempat aku keja..... hahahahaha....