Khamis, 14 Februari 2013

Kenapa Cikgu Sekarang Lebih Takutkan Murid?


Cikgu zaman dulu dengan zaman sekarang ni jauh bezanya. Kepada yang telah jadi cikgu dan bakal jadi cikgu, tentu anda perasan perbezaannya. Ingat lagi masa sekolah rendah dulu, pernah juga la rasa penampar, berdiri atas kerusi dan kena rotan dengan cikgu.... hahaha. Kalau anda pernah rasa, tentu geram kan? Tapi bila teringat balik rasa macam lucu pulak. Biasalah, masa tu budak-budak lagi. Bila anda semua dah jadi cikgu, baru faham maca mana susah nak didik pelajar ni jadi manusia yang berguna.


CIKGU ZAMAN DULU



1. Cikgu dahulu sangat garang kepada pelajar. Tak siap kerja rumah siap kena rotan dengan penampar 
sampai ada yang sanggup tak nak pergi sekolah gara-gara kerja rumah yang tak siap buat.

2. Cikgu dahulu dihormati mengalahkan pak imam masjid. Kalau orang tua yang ada anak dara, mesti teringin nak buat cikgu menantu.

3. Cikgu dahulu ditakuti murid-muridnya. Kalau bertembung di kawasan luar sekolah pun sampai ada yang lari sebab terasa aura cikgu tu.

4. Cikgu dahulu boleh maki hamun pelajarnya yang degil dan nakal. Tak ada masalah sebab murid-muridnya memiliki keimanan kepada Allah dari hasil didikan ibu bapa yang kuat.

5. Cikgu dahulu dapat lesen penuh untuk mendidik anak muridnya. Mak bapak tak kesah kalau anak diorang kena pukul "Cikgu nak buat apa kat anak saya pun buatlah, yang penting jangan sampai cedera dan mati je".

CIKGU ZAMAN SEKARANG








1. Cikgu sekarang takut nak garang dengan pelajar. Nanti tak pasal-pasal kereta yang tercalar dan mak bapak yang datang mengamuk kat sekolah.

2. Cikgu sekarang orang tak pandang pun. Kalau orang tua yang ada anak dara pun, depa pilih yang engineer dulu yang bergaji besar.

3. Cikgu sekarang kalau bertembung dengan muridnya silap gaya kena langgar pulak.

4. Cikgu sekarang nak marah pun tak boleh sangat, takut nanti anak muridnya mengalami tekanan jiwa untuk belajar, nanti anak murid tu akan merosakkan dirinya.

5. Cikgu sekarang sangat terhad untuk mendidik murid-muridnya. Bila nak nasihat sikit mak bapak masuk campur " Cikgu jangan sentuh anak saya, kalau anak saya mengadu kena pukul, saya akan saman cikgu"

Itulah perbezaan cikgu zaman dulu dengan zaman sekarang. Dan kenapa cikgu sekarang lebih takutkan murid......

Sama-sama kita renungkan......

Sabtu, 5 Januari 2013

Pemantauan Awal Persekolahan 2013

Ari Khamis 3 Januari 2013 aku melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada aku iaitu membuat pemantauan awal persekolahan. Sekolah yang aku pantau tu terletak di Daerah Kemanan, kira-kira 20km dari bandar cukai.

Sesampai je di hadapan pintu pagar sekolah, aku tergamam melihat keadaan sekolah.




Teruknya....

Waktu itu guru-guru dan pasukan bomba serta pasukan rela sedang bergotong-royong membersih kawasan sekolah termasuklah dalam kelas.

Menurut Guru Penolong Kanan sekolah, paras air ketika banjir adalah sampai ke aras bumbung makmal komputer.

Itulah bencana yang paling teruk yang pernah dialami oleh sekolah berkenaan sejak ditubuhkan lebih 40 tahun lalu.

Amanat Haji Hadi "Politik Suku, Agama Suku"


Salah satu intipati utama dalam Amanat Hadi yang mendorong ramai pengikut PAS percaya dan yakini yang UMNO adalah kafir ialah ungkapan "politik suku agama suku" yang difahami oleh penyokong PAS ia merujuk pada fahaman yang kononnya menjadi pegangan UMNO.

Rentetan dari situ, para penyokong PAS beriktikad dalam hati dan tutur katanya bahawa menyokong UMNO adalah haram di sisi Islam dan jika mengundi BN hukumnya kafir atau akan gugur akidahnya.

Kepercayaan songsang sebegini berlaku kerana wujudnya sikap taksub buta tuli yang dikembang biak oleh pemimpin PAS dan ia bertambah parah apabila dalam mana-mana ceramah di pentas politik PAS tidak pernah lupa memainkan propagandanya bahawa UMNO juga menolak Islam.

Kesan daripada doktrin sedemikian akhirnya terus terpahat kukuh di sanubari ramai pengikut PAS tanpa sekelumit pun timbul persoalan sejauh mana benarnya dakwaan songsang pemimpin-pemimpin PAS yang hanya bermodalkan air liur itu.

Langsung tak terdetik di hati mereka betulkah pemimpin UMNO mengemudi parti dengan bersandarkan pegangan bahawa politik suku dan agama suku atau dengan maksud lain politik dan agama Islam mesti diasingkan...?

Tak terlintas di benak mereka untuk bertanya lebih lanjut apakah menyokong UMNO benar-benar akan menyebabkan akidah gugur atau terpesong seterusnya menjadi kafir dan tak termungkin mencium bau syurga di akhirat kelak?

Jawapan-jawapan kepada persoalan tersebut sebenarnya tidak sukar untuk ditemui jika pengikut PAS dan pemimpinnya ikhlas meletakkan kebenaran hakiki melampaui kepentingan politik kepartian.

Sebetulnya, sebagaimana penganut Islam yang lain, para pemimpin UMNO, ahli dan penyokongnya senantiasa berpegang teguh bahawa politik adalah sebahagian daripada Islam.

Bezanya antara UMNO dan PAS ialah, UMNO memperalatkan kuasa politik demi kepentingan agama serta memartabatkan Islam, di masa yang sama memanfaatkan kuasa yang diperolehi untuk manfaat orang Melayu Islam.

Manakala PAS pula, mempergunakan agama Islam untuk mengejar laba politik duniawi demi memenuhi selera peribadi. Dek kerana itulah walaupun kalimah Allah s.w.t dituntut oleh mubaligh dan paderi Kristian, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa berselindung telah mempersetujui tuntutan tersebut.

UMNO sejak ia ditubuhkan hingga sekarang sentiasa peka dengan tuntutan ummah apabila berjaya memperjuangkan martabat agama Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan Negara.

Dan Perlembagaan Negara yang terbentuk dari hasil perjuangan UMNO itulah yang kini mahu dipertahankan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang melalui Buku Jingga yang ditandatanganinya sendiri.

Walhal lebih 3 dekad lalu dalam Amanat Hadi pada 1981, beliau mengajak penyokong PAS menentang Perlembagaan Negara yang didakwanya adalah perlembagaan jahiliah, sekular dan kafir.

Jika benar UMNO mengamalkan fahaman "politik suku agama suku" sebagaimana dipropagandakan oleh PAS, nescaya jadi sekularlah negara kita sebagaimana Indonesia yang menetapkan Pancasila sebagai roh negaranya ataupun menjadi seperti Turki yang menetapkan agenda sekular sebagai pegangan negara.

Dalam hal "politik suku agama suku" para pengikut PAS sepatutnya menuntut pemimpin mereka supaya mencerminkan muka sendiri untuk mengetahui siapa sebenarnya mengamalkan pegangan songsang itu.

Bukankah Nik Aziz pernah memperlekehkan teguran Mufti Perak, Ustaz Harussani Zakaria dengan meminta Tuan Mufti yang lantang bersuara itu supaya menjauhi politik? Tidakkah itu bermakna Mursyidul Am PAS tanpa sedar mahu mengasingkan politik dan agama...?

Begitu juga apabila Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjauhi unsur politik, bukankah gesaan itu bermatlamat menghalang teguran pihak JAKIM berkaitan politik sekaligus memberi gambaran PAS menolak campurtangan Jabatan Agama dalam hal politik...?

Malah Ketua Dewan Ulama PAS, Haron Taib juga pernah dengan lagak egonya mempersoalkan campurtangan Mufti Perak dan Mufti Wilayah Persekutuan berikutan teguran mereka berdua berhubung kesesatan Amanat Hadi.

Kesemua tingkah laku pemimpin-pemimpin PAS itu segalanya menjurus kepada "politik suku agama suku". Bukan begitu....?