Ahad, 18 Disember 2011

Gerakan Memurtadkan Umat Islam

     Risau dan bimbang bila aku terbaca berita pendedahan YB Datuk Dr Hassan Ali tentang usaha berterusan mubaligh-mubaligh Kristian memurtadkan umat Islam. Mereka sanggup melakukan apa saja untuk memesongkan akidah umat Islam. Sasaran utama mereka adalah umat Islam yang menghadapi masalah terutama masalah kemiskinan, beban hutang dan rumahtangga yang kucar-kacir. Ini adalah merupakan masalah utama yang dihadapi oleh umat Islam di Negara kita.

     Kalau dilihat kepada kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim, 43 permohonan untuk murtad teleh dikemukakan di Mahkamah Syariah di Perak untuk tempoh 11 bulan pertama tahun ini dan dalam waktu yang sama 52 oarang sedang menjakani proses pemulihan akhlak. Angka ini adalah amat membimbangkan. Itu yang rasmi, yang tak rasmi aku pasti ramai lagi. Gerun aku mendengarnya. Bagaimana agaknya nasib umat Islam di masa akan datang? kalaulah tidak diambil tindakan yang serius ia pasti akan menjadi lebih parah.

     Dalam menangani masalah ini kita janganlah hanya menyerahkannya kepada pihak kerajaan sahaja kerana ini adalah merupakan tanggungjawab semua, bukan terletak pada bahu kerajaan semata-mata. Usahlah kita bertelagah sesama sendiri, pinggirkan soal pegangan politik. Marilah kita bersama-sama memikirkan usaha untuk menanganinya. Kepada badan-badan yang berkenaan, berilah perhatian dan bantuan kepada umat Islam yang bermasalah ini, jangan sampai golongan mubaligh kristian ini dahulu yang mendekati mereka. Kerana bila dah termakan budi susah nak dipulihkan nanti.

      Jangan sampai api bila dah besar baru nak dipadamkan... nanti kita juga yang terbakar... marilah kita sama-sama fikirkan demi mempertahankan akidah umat Islam di masa akan datang....

Khamis, 8 Disember 2011

Kita Ada Nabi Baru????????

        Macam-macam hal sekarang ni, semakin hari semakin teruk org politik berpolitik. Tak kira sapa sama je bila terlibat dalam bab politik ni. Kalau tak menipu tak sah. Semua ni tak lain tak bukan adalah kerana nak kan kuasa sanggup perjudikan agama. Aku sebenarnya tak berapa minat nak komen pasal politik ni tetapi terkadang terpanggil gak nak komen terutama bila terkena bab-bab yang sensitif maca ni.

Dek kerana taksub kepada pemimpin dan nak pastikan pemimpin pujaan mendapat tempat dan mengekalkan populariti sanggup, mengangkat martabat pemimpin mereka setaraf dengan nabi... nauzubillah... kenapa sampai begitu sekali. Nampak gayanya kita dah ada nabi baru.... hehehehe... Aku yakin dan pasti semua pengikut-pengikut fanatik percaya bulat-bulat mertabat yang diberikan kepada pemimpin mereka ni. Bagi mereka apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka semuanya betul tak boleh dinafikan kalau nafi berdosa. Ulama, katakan...

Yang punya diri tak delah pulak nak menafikan... bangga kot... sepatutnya sebagai seorang yang berpengetahuan agama dan bertaraf ulama lak tu seharusnya membetulkan keadaan kerana ia boleh merosakkan akidah pengikut-pengikut fanatik mereka. (nak jelas takut tak dapat sokongan, kalah pilihan raya nanti... hahahaha). Aku yakin siempunya diri tak akan menjelaskannya. Biarlah berdosa asalkan dapat kuasa....

Suatu ketika dulu kumpulan inilah juga yang mengatakan bukan payah nak jadi kafir, tak perlu masuk kafir kalau nak jadi kafir, berkawan dengan orang kafir pun dah boleh jadi kafir tapi sekarang ni siapa yang lebih kafir. Mereka ni lebih lagi kafir kerana berkawan ngan kafir yang terang-terang menentang Islam. Kalau zaman nabi dulu kafir ni dah dipancung. Tapi sekarang ni dijadikan kawan oleh kumpulan yang mendakwa memperjuangkan Islam. Nampaknya kalau untuk kepentingan diri semuanya dah jadi halal dah tak jadi kafir dah...

Aku berharaplah semoga kita semua berfikir secara rasional sikit (kalau tak nak banyak pun) kumpulan macam inikah yang nak dijadikan pemerintah. Bukan saja negara yang rosak nanti, akidah kita pun turut sama rosak...

Jangan sampai anak cucu kita punah akidahnya dek kerana KITA ADA NABI BARU.......

Ahad, 13 November 2011

Guru Mengajar 9 Jam Mulai Tahun Depan

Kementeian Pelajaran akan melaksanakan waktu kerja 9 jam kepada guru-guru mulai tahun hadapan. Walaupun buat permulaan ni hanya 104 buah sekolah saja dan 5000 orang guru je yang terlibat tapi aku tak berapa setuju. Sekarang ni pun guru-guru telah bekerja melebihi 9 jam sehari, masuk sekolah seawal 7.30 pagi balik jam 1.30 tengahari bagi sekolah rendah manakala masuk jam 7.30 pagi dan balik 2.30 petang bagi sekolah menengah. Kemudian datang balik kesekolah untuk menjalankan samada aktiviti kokurikulim atau pun kelas tambahan. Jam 6 petang baru balik. Itu belum lagi dikira waktu hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi Kelantan, Kedah dan Terengganu atau Sabtu dan Ahad bagi negeri-negeri lain. Selalunya, hari minggu pun guru-guru bekerja melaksanakan aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan, hari kokurikulum, kelas-kelas tambahan dan macam-macam lagi tanpa meminta apa-apa bayaran atau imbuhan.

Aku tak tahulah apa rasionalnya nak dilaksanakan waktu kerja 9 jam kepada guru-guru ni. Rasa-rasa akulah ini semua adalah untuk memudah para ibubapa yang bekerja meletakkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada para guru. Tak tahulah apa dia orang fikirkan, bukannya nak fikirkan kebajikan guru-guru malah mengutuk guru-guru adalah. Tak ke mereka sedar betapa beratnya tugas guru yang terpaksa melaksanakan macam-macam tugas. Guru ni bukan hanya mengajar saja malah semua kerja dia buat. Dialah kerani, dialah tukang sapu, dialah tukang cuci, dialah tukang kebun malah ada kalanya dialah tukang basuh berak. Sebab tu lah 70 peratus daripada penghuni rumah pesakit mental adalah golongan guru. TENSION WOIIII....

Kalaulah sistem kerja 9 jam ni tetap nak dilaksanakan jugak setelah selesainya tempoh percubaan, aku ingin cadangkan agar cikgu-cikgu ni juga layak diberikan tuntutan elaun lebih masa macam kakitangan awam di jabatan-jabatan lain.

Apa-apa pun, semuanya terserah kepada kerajaan kerana golongan guru ni adalah golongan pekerja yang paling baik dan paling setia dalam melaksanakan tugas. Bagi apa tugas dan apa saja dasar yang dijalankan, ikut je tanpa ada bantahan dan bangkangan. Tapi jangan lupa, hampir 80 peratus guru adalah pembangkang.... hahahahaha... kena fikir-fikirkan....

Khamis, 13 Oktober 2011

Tentang Cinta

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
untuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Selasa, 11 Oktober 2011

Kursus Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) untuk Pegawai Teknologi Pendidikan Terengganu


Kursus Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) untuk Pegawai Teknologi Pendidikan BTP Terengganu telah diadakan pada 10 hingga 12 Oktober 2011 bertempat di Bukit Gambang Resort, Kuantan. Seramai 27 orang peserta telah terlibat dalam kursus berkenaan. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan fungsi dan penggunaa SPS yang akan diguna pakai diperingkat sekolah. Sebagai agen yang berperanan dalam melaksanakan program ini, Pegawai Teknologi Pendidikan adalah warga pertama yang perlu diberikan kemahiran bagaimana sisitem SPS ini berfungsi. Untuk fasa permulaan, program ini telah diguna pakai di 88 buah sekolah bestari seluruh negara.

Program Sistem Pengurusan Sekolah ini memudahkan pihak sekolah dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Ia merangkumi semua sistem pengurusan termasuklah pengumpulan data, perancangan aktiviti, rekod pelajar; guru dan kakitangan, jadual waktu dan berbagai kemudahan yang berkaitan dengan pengurusan.

Diharapkan agar program ini akan dapat memudahkan semua pihak khasnya warga pendidik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Rancangan Pengajaran Harian

Assigment
asmn kepentingan RPH

Jumaat, 30 September 2011

Mengumpat dan Memfitnah Demi Politik

Assalamualaikum kengkawan.....

Dah agak lama aku tak edit blog aku ni, maklumlah sibuk sikit dengan kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan. Kerja perlu diutamakan kerana hasil kerjalah aku beri anak bini aku makan. Oleh itu, aku kena bertanggungjawab dan jujur dalam melaksanakan kerja kerana aku tak nak anak bini aku menikmati hasil yang tidak sempurna. Aku rasa kengkawan pun tak nak bagi anak bini makan hasil kerja yang tak sempurna kan? Jadi bekerjalah dengan betul-betul jangan duk asyik mengingkari arahan kerja. Kerja ikut masa yang diperuntukan; jangan asyik masuk lewat balik awal, kurangkan berbual kosong tak tentu hala, usahlah duk gosip menggosip; umpat mengumpat; fitnah memfitnah.... dan apa-apa yang boleh merencatkan amanah yang diberikan...

Sebut pasal mengumpat dan memfitnah ni, baru-baru ni aku ada terima email yang dikirimkan oleh seorang kawan, aku rasa kawan aku ni just forward dari email member2 dia..... Bila aku baca email tu terlintas difikiran aku, kesiannya kawan aku ni, saja-saja je dapat dosa.....

Email kawan aku tu menyatakan tentang keburukan Perdana Menteri dan isteri. Macam-macam perkara diungkap dan kupas. Kalau dibaca tanpa berfikir dan tanpa merujuk kepada sumber-sumber lain sudah pasti semua tu benar. Sakit hati, geram dan rasa benci dan marah kat PM dan isteri membuak-buak. "Orang macam ni dipilih menjadi pemimpin?"..... tapi bila dibuat rujukan daripada sumber lain dan difikirkan masak-masak, aku dapati sebahagian besar cerita tu tak betul dan fitnah belaka.....

Emmmm... entahlah. Aku pun hairan kenapalah orang sanggup mereka-reka cerita dan mencipta fitnah semata-mata kerana tak suka dengan seseorang tu.... tapi yang pasti semua tu kerana nak kan kuasa... sedangkan bukan mereka tak tahu bahawa memfitnah ni satu dosa yang amat berat... bukannya mereka tak tahu cerita yang tak benar adalah fitnah dan kalau benar adalah mengumpat... dosa berat belaka tu...

Dosa fitnah ni adalah dosa sesama manusia. Dosa tu tak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu mengampunkannya. Jangan anggap perbuatan menyebar berita fitnah ni benda ringan dan boleh dibuat main-main. Orang yang menyebar sama dosanya dengan orang yang membuat fitnah.

Dosa membuat dan menyebar fitnah boleh menjauhkan diri dari syurga, sebagaimana sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud: " Tidak masuk syurga orang yang menyebar fitnah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah boleh menyebabkan paha terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Begitu juga dengan mengumpat, dosa berat gak tu. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim). Dosa mengumpat ni juga dosa yang tidak diampunkan oleh Allah biarpun pengumpat benar-benar bertaubat selagi orang yang diumpat tidak mengampunkannya. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat." (Hadis riwayat Ibnu Adib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Jadi aku harap kengkawan berfikirlah dengan waras sebelum bercerita dan menyebar cerita mengenai seseorang apatah lagi kepada pemimpin negara. Kalaupun kita tak suka kat dia usahlah diceritakan tentang keburukan dia. Jika nak mengempen politik pun ceritalah tentang kelemah kepimpinan dia dan kegagalan dia memimpin dan tonjolkan ketokohan kita dan kemampuan kita memimpin serta apa pembaharuan yang kita nak buat. Barulah namanya politik yang bijak, tak melibatkan dosa kering... hehehehe... buktikan dalam pilihan raya...

Ingatlah kengkawan... Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya berti kamu memfitnahnya." (Hadis riwayat Abu Hurairah). Aku bukan apa, risau kengkawan mati tak sempat nak mintak maaf je... dan aku rasa tak mungkin kengkawan nak pegi mintak maaf dengan PM dan isterinya... kan kan kan?

Janganlah kerana taksub sangat kepada parti yang kita anuti, kita lupa pada dosa-dosa yang payah nak diminta pengampunan.

Fikir-fikirlah ye.... aku nasihat je... aku bukan orang politik....

Rabu, 14 September 2011

Salah Siapa?


Luahan Hati Insan Melayu Yang Hampir-Hampir Murtad
Posted on Saturday, September 10 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Antara Yang ditangkap di gereja baru-baru ini

Lanjutan dari artikel Kisah Murtad Dan Kesalahan Diri Kita Umat Islam untuk lebih memahami.
Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa ‘amat sederhana’. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.
 
Sedih
 
Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik. Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya. Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.
 
Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya. Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan ‘mesra dan sayang’. Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya.
 
Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya.Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya? Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat. Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu.
 
Tangkap
 
Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja. Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi.
 
Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi.
 
Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini. Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad.
Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut ‘semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya’.
 
Semasa saya menziarahinya (tanpa notis awal) dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih. Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan. Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai Ph.D dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam.

Salah Siapa?
 
Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’. Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata.
 
Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini.
 
Zakat

Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?
Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.
 
Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya):
 
“(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.
(Surah al-Baqarah ayat 273)
 
Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Kata Saidina ‘Umar r.a.:
 
“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” 
(Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah)
 
Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!

Oleh : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Isnin, 12 September 2011

????????...

    Persis kelelahan sebuah kapal yang sedang menuju ke sebuah pelabuhan, begitulah dia menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang penuh dengan segala macam kegetiran. Dan dari sisa-sisa hidupnya yang pahit itulah dia cuba menagih sedetik kedamaian.
    Paling akhir, di dalam sisa-sisa hidupnya yang kian semput itu,dia sudah tidak punya apa-apa. Konsep hidup humurisma yang dianutinya selama ini telahpun dikapankannya di dalam sebuah upacara damai. Bersama upacara itu juga, dia cuba melupakan setiap wajah yang pernah mendatanginya.

Jumaat, 9 September 2011

Wajib atau Sunat.....



Ramadhan telah 9 hari berlalu namun perasaan puasa tu masih lagi terasa... masa nilah kalau nak ambik peluang berpuasa sunat.... aku dah 3 hari berpuasa... he3... ok gak...
Dengan berlalunya ramadhan maka berlalulah juga solat tarawih.... tadi aku ke masjid solat Isyak. Tak berapa ramai yang hadir. Kalau tak salah pada pengiraan aku, hanya ada 9 orang je termasuk aku. Jauh bezanya kalau nak dibandingkan dengan bulan Ramadhan. Kenapa ek? Kemana perginya mereka yang berduyun-duyun ke masjid pada bulan Ramadhan? Kalau pada bulan Ramadhan penuh masjid, sampai 10 hingga 15 saf. Orang tua, muda, remaja dan anak-anak memenuhi ruang masjid... seronok aku tengok. Kadang-kadang tu, ada yang tak pernah tengok pun ada datang ke masjid. Apa lagi yang aku tahu, kengkawan yang jarang-jarang solat 5 waktu pun datang untuk solat tarawih. Hebatnya bulan Ramadhan.. baguslah tu. Tapi sayangnya bila berakhir je bulan Ramadhan semuanya hilang entah ke mana. Masjid kembali menjadi sunyi, hanya dikunjungi oleh tok imam, tok bilal, siak dan beberapa orang warga emas dan warga pencen. Sepatutnya, pada solat-solat wajib 5 waktulah perlu bersama-sama berjamaah di masjid. Kalau tak dapat sepenuhnya pun sekurang-kurangnya solat maghrib dan Isyak... macam aku... he3..
Nampak gayanya dah jadi budaya masyarakat Islam di negara kita, lebihkan solat sunat tarawih daripada solat wajib.... marilah sama-sama kita fikir mana yang lebih utama yang wajib atau yang sunat??????... 

Jumaat, 2 September 2011

Potong barisan....

Bengang, memeng bengang....
Kelmarin (Semalam kata orang key el) aku ke Kuala Terengganu kerana nak melawat sedara aku yang sakit, aku keluar rumah kul 8 pagi. Biasanya dari rumah aku ke Kuala Terengganu hanya memakan masa 1jam 45minit, paling lambat pun 2 jam tapi semalam kul 1 tngahari baru sampai. Banyak betul kenderaan, maklumlah raya.... sebahagian besar rakyat Terenggganu yang bekerja di luar balik beraya kat kampung. Ini menunjukkan betapa mewahnya rakyat negara kita sekarang ni, boleh dikatakan setiap rumah ada kereta, paling kurang pun sebuah tapi kebanyakannya dua atau tiga buah. Alhamdulillah syukur.....

Berbalik kepada cerita perjalanan aku ke Kuala Terengganu. Bermula dari Dungun lagi aku terpaksa memandu 60km sejam kadang-kadang 50km sejam, tak boleh lebih.. kereta banyak, berderet-deret. Sesampai aku kat marang makin perlahan pemanduan aku.... bahang panas mula terasa walau pun aircon aku pasang paling cool.... berderet kenderaan di hadapan.... tiba-tiba beberapa buah kereta dengan laju dan selamba memotong dari sebelah kiri (potong barisan), semakin lama makin banyak.... asalnya dapat bergerak lancar walau pun perlahan terus tak bergerak.... terhenjut-henjut... "bangang" aku menyumpak dalam hati.... "Dia ingat dia je nak cepat".....  Ini semua angkara pemandu-pemandu yang hanya mementingkan diri sendiri, memotong barisan, akhirnya tersekat di jambatan Marang... kerana jambatan tu hanya mampu dilalui satu lorong sedangkan jalan dah jadi dua lorong dek kerana pemandu-pemandu yang tak berdisiplin tadi. Daripada pergerakan yang lancar dah jadi tak lancar.... sakit betul hati....

Itulah sikap pemandu-pemandu di negara kita, tak berdisiplin langsung sebab tulah negara kita adalah antara negara yang paling banyak berlakunya kemalangan.... entahlah, sampai bila agaknya rakyat negara kita ni nak bersikap macam ni.... Walau pun peraturan dibuat, saman ditambah dan berbagai jenis OPS dibuat, semuanya tak jadi apa selagi rakyat sendiri yang tak mahu berubah.... Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah sama-sama kita fikirkan....




Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Menyembut Hari Kemerdekaan Yang Ke54



Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Itulah laungan yang biasa kita dengar apabila menjelang 31 Ogos pada setiap tahun, samaada melalui telivesyen dan juga radio.... namun sejak akhir-akhir ini laungan keramat itu sudah jarang kedengaran lagi.... di mana silapnya.... apakah sudah makin terhakis semangat cintakan negara di kalangan rakyat negara kita, jika benar, alangkah malangnya.... lantaran itulah sudah tiada lagi rasa tanggungjawab terhadap negara oleh golongan muda kita sekarang ini... mereka dengan senang hati tanpa ada rasa bersalah sanggup memburuk-burukkan negara sendiri di mata masyarakat antarabangsa... oleh itu tidak hairanlah sudah kedapatan mereka yang sanggup menidakkan peranan pejuang kemerdekaan yang berusaha keras menuntut kemerdekaan dari penjajahan British. Lebih malang lagi sanggup memuja dan mengangkat komunis sebagai pejuang sebenar... orang seperti ini tidak layak menjadi rakyat negara yang kita cintai ini....

Apa-apa pun terpulang kepada kita yang waras untuk mentafsirkannya....
Bagi aku... aku bangga menjadi rakyat Malaysia.
Setiap kali menjelang 31 ogos aku pasti memasang bendera Malaysia di tiang rumahku dan juga keretaku.... dan aku akan bercerita tentang sejarah kemerdekaan negara kepada anak-anakku supaya mereka menjadi rakyat yang tahu bersyukur dan rakyat yang cintakan negera....

"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE54"
Semoga negara kita kekal dalam suasana aman dan tenteram serta berjaya merealisasi hasrat menjadi negara maju menjelang 2020 yang semakin hampir...

Kenali Personaliti Anda Melalui Warna

23 November hingga 1 Disember – Merah
2 Disember hingga 11 Januari – Oren
12 Januari hingga 24 Januari – Kuning
25 Januari hingga 3 Februari – Merah Jambu
4 Februari hingga 8 Februari – Biru
9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
19 Februari hingga 28 Februari – Perang
1 Mac hingga 10 Mac – Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac – Lime
21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31 Mac – Ungu
1 April hingga 10 April – Biru Laut
11 April hingga 20 April – Perak
21 April hingga 30 April - Putih
1 Mei hingga 14 Mei – Biru
15 Mei hingga 24 Mei – Emas
25 Mei hingga 3 Jun – Krim
4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai – Merah
5 Julai hingga 14 Julai – Oren
15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)
3 September hingga 22 September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3 Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11 November – Putih
12 November hingga 21 November – Emas
22 November hingga 1 Disember – Krim
2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21 Disember – Maroon
22 Disember – Teal Merah (Kayu)


MERAH 
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.


EMAS
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

KRIM
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu! Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL MERAH (WARNA KAYU) 

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman.

MERAH JAMBU 
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilignya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

HIJAUSalah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!


KUNING 
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminat hal-hal yang romentik bersama si dia. Alahai!

MAROON 
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuati itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

OREN 
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

UNGU
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembiri, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat lagi.


 LIME (WARNA BUAH LIMAU)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewek juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

PERAK 
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

HITAM 
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni akan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)
 Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

PERANG
Kamu seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?

KELABU
Kebanyakkan meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

BIRU 

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

BIRU LAUT 

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

PUTIH
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

(AQUA) BIRU KEHIJAUAN 
Mak oi! Angin satu badan kamu ni rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.

Gotong Royong Perdana Sempena 1 Syawal....


Gabungan Wawasan Generasi Felda buat gotong royong sempena sambut 1 syawal di seluruh negara. Sepatutnya program tu dibuat serentak pada hari sabtu 27hb,tapi entah macamana kat tempat aku dibuat ari Ahad 28hb. Macam biasalah aku selaku wakil GWGF kenalah ikut sekali... kena buat laporan... Program tu ikut suratnya mula kul 8.30 tapi tunggu punya tunggu kul 9.00 baru sorang dua je datang.. macamana ni... akhirnya sampai kul 10.00 adalah beberapa orang lagi datang, tu pun semua yang boleh dikategorikan sebagai warga emas... aduhhhh... mana orang-orang mudanya...  

Sedih juga rasanya, semangat gotong royong dan kesukarelaan dah tiada lagi sekarang ni.... kalau masa aku muda-muda dulu pantang sebut gotong royong, berpusu-pusu pemuda dan pemudi datang... seronok tau... sambil bergotong royong kita orang bergurau senda, berhilai tawa... sebab tulah ikatan persaudaraan masyarakat sekampung kuat... orang luar tak boleh masuk ke kampung sembarangan, mesti kena soal siasat dulu.... sekarang ni dah tak de semua tu.... masing-masing bawak hal masing-masing, sebab tulah siapa saja boleh masuk kampung dengan senang dan bebas buat apa saja....lantaran itulah macam-macam gejala yang tak elok berlaku....

Apa-apa pun tak boleh nak salahkan mereka gak sebab zaman sekarang ni masing-masing sibuk cari duit... zaman duit adalah segala-galanya... ada duit semua boleh jadi... kan kan kan?

Pihak pengurusan FELDA sini pun satu hal, program yang sepatutnya dibuat hari Sabtu di buat hari Ahad, kat sini hari Ahad hari bekerja.... pegawai FELDA sorang je datang, tu pun ustaz, yang lain entah mana perginya... macamana anak buah nak ikut... entahlah...

Walau macamana pun program tetap berjalan... terima kasih kepada beberapa orang pemuda yang datang... (pemudi langsung tak de)... dan pakcik- pakcik serta makcik- makcik yang masih ada semangat kesukarelaan dalam diri mereka...

Aku? masih adalah semangat tu... kalau tak, masakan aku datang walau pun aku tengah keja... he3..






Ahad, 28 Ogos 2011

Selamat Hari Raya


Puasa dah nak abis, esok sehari je lagi.... dah hampir sebulan kita berpuasa harap-harap mendapat pahala dan keberkatan yang sebenar.... bukan palsu... He3.. Dikesempatan ini aku nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA... Maaf Zahir dan Batin" kepada semua rakan-rakan dan seluruh umat Islam di serata dunia...

Kepada yang nak balik kampung tu, hati-hati memandu... jangan pandu laju-laju... maklumlah kalau dah berebut-rebut nak balik macam-macam boleh berlaku... biarlah orang nak berlumba.... lantak dia oranglah... jaga diri kita dan orang-orang yang berada bersama kita dah le... kalau rasa ngantok tu, rehat-rehatlah dulu... kampung dah tak lari, tunggu kita sampai je...

Aku beraya kat umah aku je... balik kampung? kampung aku sebelah umah aku je... he3... kampung wife aku pun dekat, tak sampai 30minit memandu... lepas solat raya baliklah kejap...

Kadang-kadang seronok gak tengok orang balik kampung.... member aku dah pun ambik cuti... balik kampung, aku je masih kat opis... nak cuti pun tak de makna gak baik aku wat keja...

Oklah, semoga semua kenkawan seronok balik kampung dan seronok berhari raya.... abis raya keja semula jangan pandai-pandai nak wat cuti sendiri... he3..

Salam Aidil Fitri dari saya sekeluarga.....

Ahad, 21 Ogos 2011

Mengapa ye?

Aku sedih dan marah bila terbaca berita disebuah akhbar. Ada juga orang Islam yang sanggup menyerahkan anak kepada pihak gereja untuk dijaga. Bukan calang-calang orang pulak tu. Doktor. Dah makin teruk sekarang ni. Apa dah nak jadi dengan umat Islam hari ini. Lebih percayakan gereja daripada institusi Islam. Kalau nak kata institusi Islam tak ambil cakna kepada umat Islam, tak munasabah kerana banyak tempat-tempat yang berkenaan samaada dikendalikan oleh pihak kerajaan mau pun NGO Islam. Yang aku geramnya bila ada pihak yang nak ambik anak-anak dia dan telah pun dipersetujui oleh pihak gereja. Dia pulak tak setuju... apa jenis orang ni.. Islam ke apa? sanggup tengok anak jadi murtad.. nauzubillah...

Apa-apa pun, kita semua kena sama-sama fikirkan. Apa alasan dia buat sedemikian. Tentu ada alasannya.... Mengapa ye?????

Selasa, 16 Ogos 2011

Bukan Sekadar Sekolah Biasa

Semalam aku dan rakan-rakan membuat pemantauan ke sebuah sekolah, jauh di pedalaman Daerah Dungun. Nak sampai ke sekolah tu terpaksa melalui hutan yang membarisi kiri kanan jalan. Rasa-rasa akulah jaraknya dari Bandar Dungun adalah lebih kurang 65km. Suatu masa dulu diceritakan cikgu-cikgu yang nak ke sekolah tu kena naik bot. Sehari perjalanan dan kadang-kadang sampai dua hari mengikut keadaan air sungai tapi sekarang ni dah ada jalan raya.... Alhamdulillah.

Lebih kurang satu jam drive dari Bandar Dungun akhirnya sampailah aku kat sekolah. Sekolahnya kecil je... Ada 3 blok bangunan kecil yang menempatkan pejabat, bilik guru, beberapa buah kelas dan bilik-bilik lain termasuklah Pusat Sumber Sekolah. Walau pun kawasanya agak sempit tetapi aku kagum, macam dalam taman. Dipenuhi dengan pokok-pokok termasuklah pokok buah-buahan. Sejuk dan nyaman.

Aku dimaklumkan bahawa sekolah ni adalah dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM), yalah muridnya hanya 45 orang dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Cikgunya pun tak ramai 13 orang je.

Tujuan aku ke sekolah ini adalah nak buat pemantauan Pusat Sumber Sekolah. Bila aku di bawa ke Pusat Sumber Sekolah, sekali lagi aku merasa kagum. Walaupun SKM dan jauh di pedalaman pulak tu tapi usaha dan tanggungjawab cikgu-cikgunya cukup hebat. Pengurusan PSSnya boleh mengatasai sekolah-sekolah yang ada kat bandar dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Tahniah kepada pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan Guru Perpustakaan Media yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggngjawab yang diamanahkan. Meskipun di pedalaman namun bukan menjadi halangan utntuk berada seiringan dengan sekolah-sekolah di bandar.... aku tertarik dengan selogan di depan pintu masuk sekolah... "Bukan Sekadar Sekolah Biasa".... memang ye punnnnn...










Apa dah jadi!!!!

Apa dah jadi ni.... semakin teruk jadinya.... tak boleh baca ayat-ayat suci al-Quran guna pembesar suara pulak dah... betulah Rasulullah SAW melarang umatnya mengangkat suara bacaan di masjid takut mengganggu orang lain beribadat tapi amalan membaca ayat suci al-Quran sebelum solat subuh dah berpuluh tahun diamalkan di negara kita termasuklah di Pulau Pinang tak ada apa-apa masalah pun... tapi bila je DAP memerintah tak boleh dibaca pulak.... dan disokong oleh ulama sekutunya pulak tu.... nampaknya semuanya takut kepada DAP..... tu baru dapat Pulau Pinang dan satu dua negeri lain.... kalau dapat negara... tak mustahil semuanya hal berkaitan Islam tak boleh diamalkan..... Politik politik politik.... Tanyalah diri kita sebagai umat Islam yang ingin memartabatkan Islam....

Isnin, 1 Ogos 2011

Salam Ramadhan

Salam...
Selamat berpuasa kepada semua umat Islam semoga Ramadhan kali ini lebih memberi makna dan keberkatan kepada seluruh umat Islam walau di mana saja berada.