Bengang, memeng bengang....
Kelmarin (Semalam kata orang key el) aku ke Kuala Terengganu kerana nak melawat sedara aku yang sakit, aku keluar rumah kul 8 pagi. Biasanya dari rumah aku ke Kuala Terengganu hanya memakan masa 1jam 45minit, paling lambat pun 2 jam tapi semalam kul 1 tngahari baru sampai. Banyak betul kenderaan, maklumlah raya.... sebahagian besar rakyat Terenggganu yang bekerja di luar balik beraya kat kampung. Ini menunjukkan betapa mewahnya rakyat negara kita sekarang ni, boleh dikatakan setiap rumah ada kereta, paling kurang pun sebuah tapi kebanyakannya dua atau tiga buah. Alhamdulillah syukur.....
Berbalik kepada cerita perjalanan aku ke Kuala Terengganu. Bermula dari Dungun lagi aku terpaksa memandu 60km sejam kadang-kadang 50km sejam, tak boleh lebih.. kereta banyak, berderet-deret. Sesampai aku kat marang makin perlahan pemanduan aku.... bahang panas mula terasa walau pun aircon aku pasang paling cool.... berderet kenderaan di hadapan.... tiba-tiba beberapa buah kereta dengan laju dan selamba memotong dari sebelah kiri (potong barisan), semakin lama makin banyak.... asalnya dapat bergerak lancar walau pun perlahan terus tak bergerak.... terhenjut-henjut... "bangang" aku menyumpak dalam hati.... "Dia ingat dia je nak cepat"..... Ini semua angkara pemandu-pemandu yang hanya mementingkan diri sendiri, memotong barisan, akhirnya tersekat di jambatan Marang... kerana jambatan tu hanya mampu dilalui satu lorong sedangkan jalan dah jadi dua lorong dek kerana pemandu-pemandu yang tak berdisiplin tadi. Daripada pergerakan yang lancar dah jadi tak lancar.... sakit betul hati....
Itulah sikap pemandu-pemandu di negara kita, tak berdisiplin langsung sebab tulah negara kita adalah antara negara yang paling banyak berlakunya kemalangan.... entahlah, sampai bila agaknya rakyat negara kita ni nak bersikap macam ni.... Walau pun peraturan dibuat, saman ditambah dan berbagai jenis OPS dibuat, semuanya tak jadi apa selagi rakyat sendiri yang tak mahu berubah.... Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah sama-sama kita fikirkan....



Tiada ulasan:
Catat Ulasan