Jumaat, 30 September 2011

Mengumpat dan Memfitnah Demi Politik

Assalamualaikum kengkawan.....

Dah agak lama aku tak edit blog aku ni, maklumlah sibuk sikit dengan kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan. Kerja perlu diutamakan kerana hasil kerjalah aku beri anak bini aku makan. Oleh itu, aku kena bertanggungjawab dan jujur dalam melaksanakan kerja kerana aku tak nak anak bini aku menikmati hasil yang tidak sempurna. Aku rasa kengkawan pun tak nak bagi anak bini makan hasil kerja yang tak sempurna kan? Jadi bekerjalah dengan betul-betul jangan duk asyik mengingkari arahan kerja. Kerja ikut masa yang diperuntukan; jangan asyik masuk lewat balik awal, kurangkan berbual kosong tak tentu hala, usahlah duk gosip menggosip; umpat mengumpat; fitnah memfitnah.... dan apa-apa yang boleh merencatkan amanah yang diberikan...

Sebut pasal mengumpat dan memfitnah ni, baru-baru ni aku ada terima email yang dikirimkan oleh seorang kawan, aku rasa kawan aku ni just forward dari email member2 dia..... Bila aku baca email tu terlintas difikiran aku, kesiannya kawan aku ni, saja-saja je dapat dosa.....

Email kawan aku tu menyatakan tentang keburukan Perdana Menteri dan isteri. Macam-macam perkara diungkap dan kupas. Kalau dibaca tanpa berfikir dan tanpa merujuk kepada sumber-sumber lain sudah pasti semua tu benar. Sakit hati, geram dan rasa benci dan marah kat PM dan isteri membuak-buak. "Orang macam ni dipilih menjadi pemimpin?"..... tapi bila dibuat rujukan daripada sumber lain dan difikirkan masak-masak, aku dapati sebahagian besar cerita tu tak betul dan fitnah belaka.....

Emmmm... entahlah. Aku pun hairan kenapalah orang sanggup mereka-reka cerita dan mencipta fitnah semata-mata kerana tak suka dengan seseorang tu.... tapi yang pasti semua tu kerana nak kan kuasa... sedangkan bukan mereka tak tahu bahawa memfitnah ni satu dosa yang amat berat... bukannya mereka tak tahu cerita yang tak benar adalah fitnah dan kalau benar adalah mengumpat... dosa berat belaka tu...

Dosa fitnah ni adalah dosa sesama manusia. Dosa tu tak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu mengampunkannya. Jangan anggap perbuatan menyebar berita fitnah ni benda ringan dan boleh dibuat main-main. Orang yang menyebar sama dosanya dengan orang yang membuat fitnah.

Dosa membuat dan menyebar fitnah boleh menjauhkan diri dari syurga, sebagaimana sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud: " Tidak masuk syurga orang yang menyebar fitnah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah boleh menyebabkan paha terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Begitu juga dengan mengumpat, dosa berat gak tu. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim). Dosa mengumpat ni juga dosa yang tidak diampunkan oleh Allah biarpun pengumpat benar-benar bertaubat selagi orang yang diumpat tidak mengampunkannya. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat." (Hadis riwayat Ibnu Adib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Jadi aku harap kengkawan berfikirlah dengan waras sebelum bercerita dan menyebar cerita mengenai seseorang apatah lagi kepada pemimpin negara. Kalaupun kita tak suka kat dia usahlah diceritakan tentang keburukan dia. Jika nak mengempen politik pun ceritalah tentang kelemah kepimpinan dia dan kegagalan dia memimpin dan tonjolkan ketokohan kita dan kemampuan kita memimpin serta apa pembaharuan yang kita nak buat. Barulah namanya politik yang bijak, tak melibatkan dosa kering... hehehehe... buktikan dalam pilihan raya...

Ingatlah kengkawan... Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya berti kamu memfitnahnya." (Hadis riwayat Abu Hurairah). Aku bukan apa, risau kengkawan mati tak sempat nak mintak maaf je... dan aku rasa tak mungkin kengkawan nak pegi mintak maaf dengan PM dan isterinya... kan kan kan?

Janganlah kerana taksub sangat kepada parti yang kita anuti, kita lupa pada dosa-dosa yang payah nak diminta pengampunan.

Fikir-fikirlah ye.... aku nasihat je... aku bukan orang politik....

Rabu, 14 September 2011

Salah Siapa?


Luahan Hati Insan Melayu Yang Hampir-Hampir Murtad
Posted on Saturday, September 10 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Antara Yang ditangkap di gereja baru-baru ini

Lanjutan dari artikel Kisah Murtad Dan Kesalahan Diri Kita Umat Islam untuk lebih memahami.
Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa ‘amat sederhana’. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.
 
Sedih
 
Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik. Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya. Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.
 
Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya. Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan ‘mesra dan sayang’. Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya.
 
Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya.Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya? Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat. Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu.
 
Tangkap
 
Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja. Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi.
 
Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi.
 
Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini. Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad.
Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut ‘semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya’.
 
Semasa saya menziarahinya (tanpa notis awal) dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih. Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan. Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai Ph.D dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam.

Salah Siapa?
 
Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’. Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata.
 
Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini.
 
Zakat

Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?
Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.
 
Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya):
 
“(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.
(Surah al-Baqarah ayat 273)
 
Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Kata Saidina ‘Umar r.a.:
 
“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” 
(Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah)
 
Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!

Oleh : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Isnin, 12 September 2011

????????...

    Persis kelelahan sebuah kapal yang sedang menuju ke sebuah pelabuhan, begitulah dia menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang penuh dengan segala macam kegetiran. Dan dari sisa-sisa hidupnya yang pahit itulah dia cuba menagih sedetik kedamaian.
    Paling akhir, di dalam sisa-sisa hidupnya yang kian semput itu,dia sudah tidak punya apa-apa. Konsep hidup humurisma yang dianutinya selama ini telahpun dikapankannya di dalam sebuah upacara damai. Bersama upacara itu juga, dia cuba melupakan setiap wajah yang pernah mendatanginya.

Jumaat, 9 September 2011

Wajib atau Sunat.....



Ramadhan telah 9 hari berlalu namun perasaan puasa tu masih lagi terasa... masa nilah kalau nak ambik peluang berpuasa sunat.... aku dah 3 hari berpuasa... he3... ok gak...
Dengan berlalunya ramadhan maka berlalulah juga solat tarawih.... tadi aku ke masjid solat Isyak. Tak berapa ramai yang hadir. Kalau tak salah pada pengiraan aku, hanya ada 9 orang je termasuk aku. Jauh bezanya kalau nak dibandingkan dengan bulan Ramadhan. Kenapa ek? Kemana perginya mereka yang berduyun-duyun ke masjid pada bulan Ramadhan? Kalau pada bulan Ramadhan penuh masjid, sampai 10 hingga 15 saf. Orang tua, muda, remaja dan anak-anak memenuhi ruang masjid... seronok aku tengok. Kadang-kadang tu, ada yang tak pernah tengok pun ada datang ke masjid. Apa lagi yang aku tahu, kengkawan yang jarang-jarang solat 5 waktu pun datang untuk solat tarawih. Hebatnya bulan Ramadhan.. baguslah tu. Tapi sayangnya bila berakhir je bulan Ramadhan semuanya hilang entah ke mana. Masjid kembali menjadi sunyi, hanya dikunjungi oleh tok imam, tok bilal, siak dan beberapa orang warga emas dan warga pencen. Sepatutnya, pada solat-solat wajib 5 waktulah perlu bersama-sama berjamaah di masjid. Kalau tak dapat sepenuhnya pun sekurang-kurangnya solat maghrib dan Isyak... macam aku... he3..
Nampak gayanya dah jadi budaya masyarakat Islam di negara kita, lebihkan solat sunat tarawih daripada solat wajib.... marilah sama-sama kita fikir mana yang lebih utama yang wajib atau yang sunat??????... 

Jumaat, 2 September 2011

Potong barisan....

Bengang, memeng bengang....
Kelmarin (Semalam kata orang key el) aku ke Kuala Terengganu kerana nak melawat sedara aku yang sakit, aku keluar rumah kul 8 pagi. Biasanya dari rumah aku ke Kuala Terengganu hanya memakan masa 1jam 45minit, paling lambat pun 2 jam tapi semalam kul 1 tngahari baru sampai. Banyak betul kenderaan, maklumlah raya.... sebahagian besar rakyat Terenggganu yang bekerja di luar balik beraya kat kampung. Ini menunjukkan betapa mewahnya rakyat negara kita sekarang ni, boleh dikatakan setiap rumah ada kereta, paling kurang pun sebuah tapi kebanyakannya dua atau tiga buah. Alhamdulillah syukur.....

Berbalik kepada cerita perjalanan aku ke Kuala Terengganu. Bermula dari Dungun lagi aku terpaksa memandu 60km sejam kadang-kadang 50km sejam, tak boleh lebih.. kereta banyak, berderet-deret. Sesampai aku kat marang makin perlahan pemanduan aku.... bahang panas mula terasa walau pun aircon aku pasang paling cool.... berderet kenderaan di hadapan.... tiba-tiba beberapa buah kereta dengan laju dan selamba memotong dari sebelah kiri (potong barisan), semakin lama makin banyak.... asalnya dapat bergerak lancar walau pun perlahan terus tak bergerak.... terhenjut-henjut... "bangang" aku menyumpak dalam hati.... "Dia ingat dia je nak cepat".....  Ini semua angkara pemandu-pemandu yang hanya mementingkan diri sendiri, memotong barisan, akhirnya tersekat di jambatan Marang... kerana jambatan tu hanya mampu dilalui satu lorong sedangkan jalan dah jadi dua lorong dek kerana pemandu-pemandu yang tak berdisiplin tadi. Daripada pergerakan yang lancar dah jadi tak lancar.... sakit betul hati....

Itulah sikap pemandu-pemandu di negara kita, tak berdisiplin langsung sebab tulah negara kita adalah antara negara yang paling banyak berlakunya kemalangan.... entahlah, sampai bila agaknya rakyat negara kita ni nak bersikap macam ni.... Walau pun peraturan dibuat, saman ditambah dan berbagai jenis OPS dibuat, semuanya tak jadi apa selagi rakyat sendiri yang tak mahu berubah.... Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah sama-sama kita fikirkan....