Semalam aku dan rakan-rakan membuat pemantauan ke sebuah sekolah, jauh di pedalaman Daerah Dungun. Nak sampai ke sekolah tu terpaksa melalui hutan yang membarisi kiri kanan jalan. Rasa-rasa akulah jaraknya dari Bandar Dungun adalah lebih kurang 65km. Suatu masa dulu diceritakan cikgu-cikgu yang nak ke sekolah tu kena naik bot. Sehari perjalanan dan kadang-kadang sampai dua hari mengikut keadaan air sungai tapi sekarang ni dah ada jalan raya.... Alhamdulillah.
Lebih kurang satu jam drive dari Bandar Dungun akhirnya sampailah aku kat sekolah. Sekolahnya kecil je... Ada 3 blok bangunan kecil yang menempatkan pejabat, bilik guru, beberapa buah kelas dan bilik-bilik lain termasuklah Pusat Sumber Sekolah. Walau pun kawasanya agak sempit tetapi aku kagum, macam dalam taman. Dipenuhi dengan pokok-pokok termasuklah pokok buah-buahan. Sejuk dan nyaman.
Aku dimaklumkan bahawa sekolah ni adalah dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM), yalah muridnya hanya 45 orang dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Cikgunya pun tak ramai 13 orang je.
Tujuan aku ke sekolah ini adalah nak buat pemantauan Pusat Sumber Sekolah. Bila aku di bawa ke Pusat Sumber Sekolah, sekali lagi aku merasa kagum. Walaupun SKM dan jauh di pedalaman pulak tu tapi usaha dan tanggungjawab cikgu-cikgunya cukup hebat. Pengurusan PSSnya boleh mengatasai sekolah-sekolah yang ada kat bandar dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Tahniah kepada pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan Guru Perpustakaan Media yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggngjawab yang diamanahkan. Meskipun di pedalaman namun bukan menjadi halangan utntuk berada seiringan dengan sekolah-sekolah di bandar.... aku tertarik dengan selogan di depan pintu masuk sekolah... "Bukan Sekadar Sekolah Biasa".... memang ye punnnnn...
Syabas.. teruskan usaha anda...!!!
BalasPadam-PKG Pulau Serai-
Tahniah kepada Guru di SK tersebut.......
BalasPadamIni membuktikan komitmen guru walaupun jauh dipedalaman.........
Tanpa Guru Siapa Kita,,,,
Tahniah kepada guru-guru di SK tersebut... walau dimana berada bukan satu penghalang...mereka telah menjiwai tugas mereka....moga berjaya...dan usaha mereka harus dihargai...walaupun hanya sekadar lawatan tapi menunjukkan "cakna" terhadap mereka...
BalasPadam